Monday, 6 August 2012

perihal kucing..

korang semua tahu tak tentang perihal-perihal si comel korang....??pernah terfikir tak kenapa kucing tidur secara berkala selama 16jam sehari??? kenapa kucing selalu menanam poo-poo nya?? kenapa kucing mengiau pada tuannya atau sesama kucing?? ok disini aku nak share beberapa perkara tentang kucing agar korang mengetahui kenapa si kecil anda bertindak sedemikian..


 1) kucing mengiau.

                                                    my love baby....love u so much!!!!

jika anda dapati kucing anda mengiau pada si kucing lain ini adalah sebagai tanda yang mereka itu sedang bersosial dan cuba untuk beramah mesra. Bukan sekadar kepada kucing lain sahaja, si comel anda pun akan mengiau pada anda ini kerana mereka memerlukan bantuan dari anda seperti si comel lapar dan perlu makan ini kerana untuk kucing indoor mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan sendiri kerana dari kecil manusia akan sentiasa memberinya makan. Jika si comel anda ternampak sesuatu seperti cicak didinding si comel akan mengiau kerana kesukarannya untuk mendapatkan makanan buruannya. Ini kerana mereka cuba menarik perhatian anda untuk membantunya dalam misi memburu cicak tersebut. Mestilah mereka mahu anda tolong kerana kucing mane boleh panjat dinding. Lainlah kalau kucing tu boleh jadi spider cat.. hehe,merapu plak.


2) Mengapa kucing tidur selama 16jam sehari??

Haaaa yang ni janganlah kita tiru yea....kalau manusia tidur selama 16jam alamatnya kerja ntah kemana,solat pun ntah kemana.... Ok kucing akan tidur selama 16jam sehari tetapi tidaklah secara terus,ia akan tidur secara berkala.. Ini adalah untuk mengecharge tubuhnya untuk berburu ini kerana kucing akan menggunakan energy ketika berburu secara mendadak serta cepat agar dapat menangkap buruan secara efisien. Purata peratusan tidur adalah 70% manakala 30% digunakan untuk makan,minum,bersihkan diri,poo-poo dan memburu.


 3)Kenapa kucing membawa binatang mati ke rumah??

Hal ini sudah pasti ramai penjaga kucing tidak menggemarkan kucing mereka membawa balik bangkai.. Sebenarnya hal ini mengikut dari alam kucing mereka akan berburu dan hasil buruannya itu akan dihadiahkan kepada keluarganya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang mereka.. Jadi disini kucing telah menganggap tuannya adalah sebahagian dari ahli keluarganya. Oleh itu janganlah marah terburu-buru kepada si comel anda kerana si comel ini mempunyai naluri bahawa anda tidak menyukainya dan tidak menanggap dia sebagai ahli keluarga anda.. Si comel anda pasti akan merajuk dan membawa diri..(hurmm masa ni janganlah nak menyesal kalau kucing anda dah tak balik2.


 4)Mengapa kucing ada yang tanam dan ada yang tak poo-poo nye??

Dalam dunia kucing ni ada terdapat alpha dan inferior. Ok ikut ape yang aku tahu alpha ni die lebih bersifat jaguh atau berasa diri sudah kuat.. Jadi kebiasaannya kucing anda tidak akan menanam poo-poo nye kerana mungkin ia menganggap dirinya adalah ketua. Lain plak kucing yang bersifat inferior,mereka akan menanam poo-poo nya kerana merasa diri lemah dan untuk mengelakkan si kucing yang bersifat alpha ni terhidu mereka.. Ermmm ikut pemahaman otak aku camtulah,kalau salah tolong betulkan ye...


 5) Mengapa kucing berdesis??

Kucing akan berdesis ketika marah ini kerana inging menakutkan lawan nya dan mahu lawannya fikir yang dia mempunyai bunyi dan bisa seperti ular.


 6) Mengapa kucing selalu jilat bulu?

Hal ini selalu berkait rapat dengan kebersihan. Kucing amat tidak sukakan kotoran yang melekat pada bulu mereka. Kerana mereka takut jika ada sebarang kuman dan bakteria pada tubuh mereka,dan ini boleh membuatkan mereka menjadi sakit.. Kaedah saintis mengatakan hampir tiada kuman di badan kucing tidak seperti kuman dibadan manusia. Sebab itulah didalam hadis Rasulullah S.W.T "kucing itu suci dan tiada najis". Hal seperti ini kita perlu pelajari daripada kucing bahawa kebersihan adalah amat penting untuk kesihatan.. Tapi manusia seringkali menyalahkan kucing itu kotor,padahal telah terbukti kucing itu bersih suci malah mereka lebih bersih dari manusia mahupun bintanag yang lain.


 7) Bau manusia.

Bau manusia ni sangat kuat.. Kita memanglah tak bau tapi binatang seperti kucing deria baunya lebih tajam. Sebab tulah kalau anda perasan kucing anda akan menjilat bulunya selepas anda memeluk dan membelainya.. Ini kerana kucing tidak suka bau manusia melekat pada badannya.. Bau manusia itu akan menutup bau karakteristiknya.



 8) Mengapa kucing berbunyi melihat burung?

 Hal ni sering dilakukan oleh kucing aku melly. Melly ni lebih aktif dari yang lain.. Bila lihat burung mesti dia akan berbunyi.. Ini menandakan bahawa si comel anda tidak mampu untuk menangkap burung yang berterbangan itu dan berbunyi tanda kekesalannya.. (kalau burung terbang rendah memang arwah lah burung tu). oklah rasenye da panjang lebar dah aku taip ni,kang korang bosan lak bacanye...huhuhu...bye

3 comments:

  1. Salam kenal...terima kasih tuk info...dulu dikampung memang ada bela kucing, jantan bernama Fiona ( masa tu kumpulan 4U2C top dengan lagu fiona )...mati sakit tua, sedih sangat masa tu, walaupun masa tu dah tingkatan empat...

    ReplyDelete
  2. kematian kucing yang disayangi memang buat kite rase kehilangan...kucing saya pun mati awl thun lepas sebab sakit.... :(

    ReplyDelete
  3. yang bab menangkap burung tu..teringat Putih bawa balik burung dah digigit tapi belum mati..last2,bila nak bagi kat aku..tup2 burung tu terbang..huh merepek la kucing aku tu dok mengiau sepanjang mlm!huhu..pastu..lama2 dia dah pandai buru burung..tapi tetap burung yang sama iaitu burung merbah..

    ReplyDelete