Monday 6 August 2012

perihal kucing..

korang semua tahu tak tentang perihal-perihal si comel korang....??pernah terfikir tak kenapa kucing tidur secara berkala selama 16jam sehari??? kenapa kucing selalu menanam poo-poo nya?? kenapa kucing mengiau pada tuannya atau sesama kucing?? ok disini aku nak share beberapa perkara tentang kucing agar korang mengetahui kenapa si kecil anda bertindak sedemikian..


 1) kucing mengiau.

                                                    my love baby....love u so much!!!!

jika anda dapati kucing anda mengiau pada si kucing lain ini adalah sebagai tanda yang mereka itu sedang bersosial dan cuba untuk beramah mesra. Bukan sekadar kepada kucing lain sahaja, si comel anda pun akan mengiau pada anda ini kerana mereka memerlukan bantuan dari anda seperti si comel lapar dan perlu makan ini kerana untuk kucing indoor mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan sendiri kerana dari kecil manusia akan sentiasa memberinya makan. Jika si comel anda ternampak sesuatu seperti cicak didinding si comel akan mengiau kerana kesukarannya untuk mendapatkan makanan buruannya. Ini kerana mereka cuba menarik perhatian anda untuk membantunya dalam misi memburu cicak tersebut. Mestilah mereka mahu anda tolong kerana kucing mane boleh panjat dinding. Lainlah kalau kucing tu boleh jadi spider cat.. hehe,merapu plak.


2) Mengapa kucing tidur selama 16jam sehari??

Haaaa yang ni janganlah kita tiru yea....kalau manusia tidur selama 16jam alamatnya kerja ntah kemana,solat pun ntah kemana.... Ok kucing akan tidur selama 16jam sehari tetapi tidaklah secara terus,ia akan tidur secara berkala.. Ini adalah untuk mengecharge tubuhnya untuk berburu ini kerana kucing akan menggunakan energy ketika berburu secara mendadak serta cepat agar dapat menangkap buruan secara efisien. Purata peratusan tidur adalah 70% manakala 30% digunakan untuk makan,minum,bersihkan diri,poo-poo dan memburu.


 3)Kenapa kucing membawa binatang mati ke rumah??

Hal ini sudah pasti ramai penjaga kucing tidak menggemarkan kucing mereka membawa balik bangkai.. Sebenarnya hal ini mengikut dari alam kucing mereka akan berburu dan hasil buruannya itu akan dihadiahkan kepada keluarganya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang mereka.. Jadi disini kucing telah menganggap tuannya adalah sebahagian dari ahli keluarganya. Oleh itu janganlah marah terburu-buru kepada si comel anda kerana si comel ini mempunyai naluri bahawa anda tidak menyukainya dan tidak menanggap dia sebagai ahli keluarga anda.. Si comel anda pasti akan merajuk dan membawa diri..(hurmm masa ni janganlah nak menyesal kalau kucing anda dah tak balik2.


 4)Mengapa kucing ada yang tanam dan ada yang tak poo-poo nye??

Dalam dunia kucing ni ada terdapat alpha dan inferior. Ok ikut ape yang aku tahu alpha ni die lebih bersifat jaguh atau berasa diri sudah kuat.. Jadi kebiasaannya kucing anda tidak akan menanam poo-poo nye kerana mungkin ia menganggap dirinya adalah ketua. Lain plak kucing yang bersifat inferior,mereka akan menanam poo-poo nya kerana merasa diri lemah dan untuk mengelakkan si kucing yang bersifat alpha ni terhidu mereka.. Ermmm ikut pemahaman otak aku camtulah,kalau salah tolong betulkan ye...


 5) Mengapa kucing berdesis??

Kucing akan berdesis ketika marah ini kerana inging menakutkan lawan nya dan mahu lawannya fikir yang dia mempunyai bunyi dan bisa seperti ular.


 6) Mengapa kucing selalu jilat bulu?

Hal ini selalu berkait rapat dengan kebersihan. Kucing amat tidak sukakan kotoran yang melekat pada bulu mereka. Kerana mereka takut jika ada sebarang kuman dan bakteria pada tubuh mereka,dan ini boleh membuatkan mereka menjadi sakit.. Kaedah saintis mengatakan hampir tiada kuman di badan kucing tidak seperti kuman dibadan manusia. Sebab itulah didalam hadis Rasulullah S.W.T "kucing itu suci dan tiada najis". Hal seperti ini kita perlu pelajari daripada kucing bahawa kebersihan adalah amat penting untuk kesihatan.. Tapi manusia seringkali menyalahkan kucing itu kotor,padahal telah terbukti kucing itu bersih suci malah mereka lebih bersih dari manusia mahupun bintanag yang lain.


 7) Bau manusia.

Bau manusia ni sangat kuat.. Kita memanglah tak bau tapi binatang seperti kucing deria baunya lebih tajam. Sebab tulah kalau anda perasan kucing anda akan menjilat bulunya selepas anda memeluk dan membelainya.. Ini kerana kucing tidak suka bau manusia melekat pada badannya.. Bau manusia itu akan menutup bau karakteristiknya.



 8) Mengapa kucing berbunyi melihat burung?

 Hal ni sering dilakukan oleh kucing aku melly. Melly ni lebih aktif dari yang lain.. Bila lihat burung mesti dia akan berbunyi.. Ini menandakan bahawa si comel anda tidak mampu untuk menangkap burung yang berterbangan itu dan berbunyi tanda kekesalannya.. (kalau burung terbang rendah memang arwah lah burung tu). oklah rasenye da panjang lebar dah aku taip ni,kang korang bosan lak bacanye...huhuhu...bye

Tanah untuk dijual di sepang

Assalamualaikum w.b.t dan salam Ramadhan....kepada sesiapa yang mencari2 tanah untuk tujuan development perumahan,lot2 banglo dan sebagainya di kawasan giching sepang.. saya ingin menjual tanah saya keluasan tanah 2.781ekar harga ditawarkan RM825k.. 1ekar RM300k..tanah rizab melayu kawasan sekeliling ada taman perumahan dan juga berdekatan dengan Sepang International Circuit dan klia...jika berminat boleh hubungi saya Man 0172888068

Sunday 5 August 2012

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni aku bangun sahur lebih awal dari biasa..haha.. Ntah kenapa plak mata ni nak bangun awal,selalunya malas je nak bangun sahur ni..tapi sebelum tu aku nak update blog dulu,aku ni masih baru2 lagi belajar buat blog ni,mungkin sebab tu la aku terbangun awal,nasib esok cuti.. Sebenarnya aku nak share sedikit kat korang semua baru-baru ni aku ade ternampak seekor kucing hitam jalan terhinjut-hinjut(baru lepas kene langgar), siapa lah manusia yang tak bertimbang rase yang da buat kaki dia macamtu.. Niat dalam hati memang nak bawak balik kucing tu,tapi masa tu sibuk plak ade meeting kelab..(kalau dah meeting tu memang berjam2 lah jawabnye). Tapi masa nak balik aku tercarik-carik jugak kucing hitam tu siap tertonggek2 lagi carik bawah kete,takut plak kucing ni terlanggar lagi.. Carik punye carik tak jumpe2 jugak,lam hati aku ni manelah peginye kucing ni..Ntah kemana la die nyorok.. Time tu aku terbayangkan bagaimana die nak teruskan kehidupan dalam keadaan patah 1kaki nye.. Kalau aku jumpe masa nk balik memang aku bawak balik da kucing tu.. Masa tu aku berdoa pada Allah supaya aku dapat jumpe dia.. Tapi takde rezeki aku nak jumpe kucing tu lagi.. Masa dalam kete aku asik terbayang kan kucing tu,dan aku hanya mampu berdoa pada Allah agar kucing tu selamat dan akan ada hamba Allah yang sudi untuk bawa die pulang dan merawatnya..